mari buat program komputer menggunakan bahasa C#..C# adalah sejenis bahasa pengaturcaraan(programming languange) yang telah dibangunkan oleh Microsoft dan diketuai oleh Anders Hejlsberg untuk menjayakan inisiatif .Net Microsoft. Bahasa ini merupakan bahasa yang berorientasikan objek seperti Java.
Berorientasikan objek di sini bermaksud, apabila kita membuat sesuatu program, program itu hendaklah mengandungi fungsi(method @ function) serta sifat-sifat(properties). Sifat-sifat ini akan digunakan oleh fungsi-fungsi untuk menjalankan sesebuah program. Contoh senang la kan, 'kucing'. Kucing adalah satu objek di dalam kelas binatang ataupun haiwan. Jadi, apa sifat-sifat yang kucing ni ada?kucing ada 4 kaki,ada sepasang mata, ada mulut dll. Apa kucing ni boleh buat(fungsi)? kucing boleh berlari dan berjalan sebab ape?sebab dia ada sifat 4 kaki tadi..kucing boleh makan sebab ape?sebab dia ada mulut..nampak x?senang kan..
Seperti juga C# ni,bahasa pengaturcaraan ini mengadaptasi konsep dunia sebenar(real world). Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, mari kita belajar asas C#:
Antara langkah awal untuk membuat sesuatu program itu, kite terlebih dahulu hendaklah mengisytiharkan(declare) sifat-sifat program itu:
int a,b;
Seperti anda lihat atas ni, kite declare a & b sebagai sebuah integer. a & b ini bolehla dianggap sebagai pembolehubah cam dalam matematik tu.Orang putih cakap variable..
int a=3,b=4;
int c;
c=a+b;
Console.WriteLine(c);
Kod di atas adalah contoh C# yang senang la jugak kan. Kite arahkan komputer ni supaya nilai a iaitu 3 dan b yang bernilai 4 dicampur dan hasilnya dimasukkan ke dalam variable c. kemudian kite arahkan komputer untuk paparkan(display) keputusan(result) tersebut ke skrin komputer(Console.WriteLine..). Senang kan?
Kalo anda rajin nak buat program ini, anda kene ade Visual Studio C# Express yang bleh didonlod percuma. Carik je kat Google tuh..bile dah install, pergi kat File,New Project,lepas tu pilih Console Application..lepas tu tulis kod cam kat atas ni..settle..anda berjaya membuat program anda sendiri..pastikan anda tulis kod tu selepas simbol ni-> '{'..ok..kalo aku rajin, aku ajar benda lain plak..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
cikgu2! nak belajar cikgu! nk belajar!
Catat Ulasan