Sabtu, 14 Jun 2008

Harga minyak naik fenomena global

Kecewa apabila melihat ramai orang kita membuat protes dan bantahan pada Jumaat lepas membantah kenaikan harga minyak yang diketuai oleh ketua pergerakan pemuda parti pembangkang..tidak tahukah mereka kenaikan harga minyak ini adalah satu fenomena global..

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana kita masih ada lagi bekalan makanan yang mencukupi walaupun harganya akan sedikit meningkat tidak seperti negara lain seperti Haiti yang kekurangan serba-serbi..rakyatnya memberontak kerana keputusan bekalan makanan..

Rakyat Malaysia sepatutnya tahu negara kita tidak termasuk pun dalam senarai 20 pengeluar utama minyak dunia dan simpanan minyak kita juga semakin berkurangan..jika terus diberikan subsidi, banyak projek yang akan tergendala dan ini juga akan memberi kesan negatif kepada ramai rakyat kerana kehilangan sumber rezeki..

Apa yang kerajaan lakukan ini adalah untuk kelangsungan masa depan rakyat Malaysia juga..jika tidak dilakukan sekarang,keadaan akan menjadi lebih parah kepada generasi masa depan kita..negara kita akan ketinggalan dalam pembangunan hanya disebabkan subsidi minyak yang banyak diperuntukkan kepada rakyat kita yang ketagihan emas hitam ini..fikirkan..