Seorang professor dari MIT(Massachussets Institute of Technology) telah berjaya mencipta kaedah mengalirkan kuasa elektrik ke peralatan elektrik tanpa mengunakan wayar. Kaedah ini yang dijumpai oleh Professor Marin Soljacic dikenali sebagai WiTricity.
Kaedah ini menggunakan teknik resonans iaitu sebuah teknik yang membenarkan kuasa dialirkan dengan efisien ke objek lain apabila menggunakan frekuensi yang sama. Secara mudah untuk difahami, teknik ini boleh dilihat apabila seorang penyanyi soprano membunyikan nada tinggi, cawan kaca yang diletakkan berhampiran boleh bergegar atau pecah sebab gelombang suara tersebut mampu menggetarkan cawan pada tahap sesuatu frekuensi.
Dengan teknologi ini, kita mampu cas henpon kite atau laptop tanpa menggunakan wayar. tetapi buat masa ni, sistem itu menggunakan coil yg besar, jadi mungkin dalam 3 atau 5 tahun akan datang, saiznya akan mengecil dan boleh dipasarkan..
Sumber: The Australian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
cikgu2, cikgu cipta lah fraud detection utk saya plak cikgu! saya nk detect fraud dlm kepala saya ni ah cikgu! tolong ar cikgu..hahaha
Catat Ulasan